Wednesday, May 27, 2009

INDUK KELAS PERTANDINGAN (ANAK INDUK KANDANG SAYA) & BERTELUR (SOLD OUT - SABAH)



Kebiasaan induk yang 'kuat' tarik amat bermasalah dalam bertelur. Malah kalau dapat bertelur pun kebiasaannya amat sukar untuk 'lekat' benih. Namun situasi ini amat berbeza dengan induk yang dipaparkan ini. Induk ini amat konsisten bertelur tanpa ada masalah telur 'lembik' dan sebagainya. Juga selalu 'bagi can' bapak untuk mengawan mengambarkan bahawa ia adalah induk dari baka terpilih yang tiada masalah dalam pembiakan biarpun mempunyai gaya hebat sebegitu rupa.


Induk ini pernah mendapat Johan Induk dalam pertandingan serama di Batu Enam, Kuala Terengganu.


Sunday, May 24, 2009

KOTAK AYAM UNTUK PERTANDINGAN (RM 80 - RM 160)





SERAMA A (ANAK BAPAK MANISAN HANGUS SAYA) GAYA SEUMPAMA INI ADALAH 'GAYA BAKA TERAS' AYAM SAYA


Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah perumpamaan ayam serama ini yang merupakan anak kepada bapak Manisan Hangus saya. Ayam ini mempunyai gaya yang amat hebat di meja iaitu gebas tarik tubi2 pacak di meja. Gaya ini sebenarnya menjadi 'Gaya Teras' ayam baka saya.


Rakan2 cuba bandingkan antara gaya tarik selam namun tidak aktif / duduk diam di meja dengan gaya gebas tarik tubi2 pacak yang manakah lebih menarik. Sila lihat 2 rakaman video ini. Namun ayam ini sebenarnya diambil gambar dan videonya setelah berbulan-bulan diambil baka dan dikelilingi beberapa ekor induk. Namun prestasi gayanya dianggap masih memuaskan.

SERAMA INDUK (REMAJA) KELAS PERTANDINGAN



Serama ini mempunyai mempunyai potensi besar untuk pertandingan dengan gaya tarik lonjak dada. Cara berjalannya juga penuh tertib dan sopan.

Friday, May 22, 2009

TIPS HASIL SERAMA HEBAT SIRI 2 : PILIH GENETIK BAKA SERAMA YANG BERGAYA DI MEJA

Keunikan serama ialah pada gayanya. Gaya serama banyak bergantung kepada genetiknya bukan boleh dilatih secara intensif, diurut / digosok dan sebagainya. Carilah baka yang kuat darah genetik gayanya namun harus diingat kecelaruan dalam menurunkan baka serama akan menghasilkan baka serama yang tidak stabil dari segi gayanya malah yang lahir jika ada yang berpotensi kebiasaannya adalah secara 'terpencil' bukan secara konsisten.

Baka serama yang hebat pastinya secara konsisten akan menjadi jaguh di arena pertandingan bukan kadang-kadang johan dan banyak jua yang tak 'lekat nombor' sebagai gambaran genetik serama kesayangan kita itu ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki segera. Harus diingat bahawa aksesori serama boleh direpair, diupgrade dan ditambahbaikan mengikut cita rasa keinginan kita namun 'gaya' serama di meja pertandingan tidak boleh direka cipta semudah melihatnya. Banyak ayam yang hebat aksesorinya namun 'tumbang' di meja pertandingan. Banyak ayam yang hebat di reban atau di sangkarnya namun kecundang di meja pertandingan umpama 'jaguh kampung'.

Sering kali, jua peminat serama terkeliru dengan suatu istilah 'jaguh kampung / reban'. Serama yang 'jaguh reban' hanya hebat di dalam sangkar atau di rebannya namun 'kecut perut', gelisah, ketakutan serba tak kena seumpama rusa masuk kampung apabila berada di arena pertandingan. Serama yang bergaya hebat di meja seperti kata2 ore Kelantan 'Bako Lawe Mejo' ialah baka yang begitu hebat bila di meja pertandingan. Semakin riuh rendah manusia, semakin gegak gempita suara serama pesaingnya di arena pertandingan maka semakin teruja dan ghairah ia menunjukkan gayanya. Justeru itu dimanakah rahsia kehebatannya, semuanya terletak kepada maklumat genetik 'darah pahlawan' yang mengalir dalam tubuhnya.

Gaya serama menurut pandangan saya terbahagi kepada dua iaitu ayam bergaya namun tidak diaktif di meja. Contohnya ayam bergaya tarik lonjak dada atau selam namun tidak aktif bergerak / berjalan di meja atau dengan kata lain 'duduk diam'. Harus diingat kebiasaan ayam yang tidak aktif seumpama ini juga tidak aktif dalam pembiakkan.

Manakala katogeri yang kedua ialah ayam bergaya dan amat aktif di meja. Ia menunjukan lagak gaya bergebas tarik bertubi2 dan aktif bergerak / berjalan di meja seumpama 'menari' mengelilingi meja. Kebiasaan ayam ini amat hebat bergebas dan tarik pacak di meja sambil bergerak mengelilingi meja di arena pertandingan.Ditambah dengan gaya tarik selam & 'jet' (angkat dada) dan sebagainya pasti dianggap mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri di arena pertandingan yang pasti memukau peminat-peminatnya.

Gaya katogeri kedua adalah gaya yang harus dimiliki oleh 'sang juara' kerana ia menampilkan gaya sejati kehebatan serama silam yang dikagumi dalam sejarah serama. Kebiasaan serama yang memiliki gaya seumpama ini akan merangkul gelaran 'Best Of The Best' dalam satu2 pertandingan meninggalkan ayam gaya tarik selam yang tarik &  terus diam biarpun kilat sambar menyambar, guruh gegak gempita.

Justeru itu ciri-ciri gaya serama yang dianggap 'First Class' harus bercirikan berikut :
1. Gaya tarik sekurang2nya kelihatan mata melebihi kaki dan sehebatnya 'muncung /paruh' melepasi kaki.
2. Serama yang banyak bergebas/ berkepak tarik pacak di meja bukan pacak kilas atau kepak silang ke belakang.
3. Gaya dada yang kelihatan menonjol dan terbuka lebar sama aras dengan kepala bahu. Dada harus tinggi melonjak ke atas bukan jatuh di bawah dari kedudukan sepatutnya.
4. Serama yang aktif berjalan dengan penuh bergaya di meja pertandingan melalui gerakan langkah kaki yang tersusun sambil melonjakkan dadanya.
5. Serama yang apabila semakin riuh rendah suara manusia, gegak gempita di meja pertandingan maka semakin 'ghairah' ia ingin menunjukkan lagaknya atau 'Lawe Mejo' (Lawan Meja). Sebenarnya ciri2 baka 'Lawan Meja' boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda pada fizikalnya dan pengamatan orang yang berpengalaman.

Sekian, Cetusan Minda : Cikgu Mie Terengganu








Monday, May 18, 2009

ANAK SERAMA KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)











Biarpun anak serama yang dipamerkan ini masih berusia 'setahun jagung' namun ia memiliki potensi yang amat baik untuk pertandingan anak A dalam jangka masa 1 bulan lagi iaitu setelah ekornya agak panjang.


Ayam ini adalah kelahiran generasi ke 3 saya yang terdiri dari baka Bapak Merah Kuning (Sayap Lempar), Bapak Uban, Bapak Ara dan Bapak Manisan Hangus saya.


Melalui kelahiran generasi ini ingin dibuktikan bahawa hanya melalui gabungan genetik serama original akan melahirkan serama berpotensi tinggi dengan nisbah penghasilan yang amat besar bukan sekadar kelahiran secara 'terpencil' atau seekor dari puluhan ekor anak yang dihasilkan oleh penternaknya.

SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)




Serama muda ini adalah serama kelas pertandingan dengan gaya angkat dada yang amat menarik.

BAPAK SERAMA KELABU


Bapak serama ini adalah bapak dari darah terpilih Man Terengganu. Ia adalah ayam serama yang amat hebat tarik bertubi2 di atas meja. Ia amat sesuai untuk dibuat bapak atau diambil darah baka yang terpilih. Darah serama bapak kelabu ini amat top di Dungun.

SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN


Ayam muda ini dianggap ayam yang amat berpotensi besar serta memiliki aksersori yang menarik. Gaya di meja semakin meningkat dari hari ke hari. Ayam ini adalah satu baka / keturunan dengan ayam 'Best Of The Best' di Kenyir pada 2 Mei 2009 yang lalu.

Monday, May 11, 2009

TIPS HASIL SERAMA HEBAT SIRI 1 : PILIH DARAH BAKA JUARA SILAM YANG 'ORIGINAL'

Cetusan minda ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan ilmu dengan 'sifu2' serama silam. Ilmu penternakan serama secara praktikal sebenarnya belum lagi dibukukan atau dikaji secara ilmiah melainkan sedikit kajian2 yg telah diutarakan oleh pengkaji sebelum ini berdasarkan pengalaman penternak silam.


Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.


Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.


Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.


Namun persoalannya kini tidak ramai penternak mengetahui dengan jelas soal darah original baka juara serama silam melainkan merujuk kepada individu yang mengkaji dan mengetahui sejarahnya dengan jelas. Malah satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penternak serama kini ialah menternak serama dengan membeli terus melalui 'orang tengah' atau pemborong serama yang pasti tidak menceritakan secara tepat atau jelas asal usul keturunan serama yang ditawarkannya atas alasan ianya tidak penting atau strategi bisnes...


Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...


Penulis turut berkongsi kesedihan bila mana menyaksikan ramai di kalangan peminat serama yang begitu bersemangat dan teruja dalam memulakan penternakan akhirnya kecewa lantaran hasil yang diingini dari pelaburan besar yang dibuatnya ternyata tidak berbaloi. Induk dan bapak dibeli dari baka yang cantik atau dikatakan 'terpilih' dengan harga yang pasti tidak rendah namun masih gagal menghasilkan generasi anak serama yang setanding dengan kehebatan induk dan bapaknya. Akhirnya dunia serama kehilangan seorang lagi peminat serama tegar yang pasti merugikan alam serama buat sekian kalinya jua.... Cetusan Minda Cikgu Mie Kemaman...

Sunday, May 10, 2009

PELBAGAI INDUK SEMPENA HARI IBU

Pelbagai induk dipamerkan sempena 'Hari Ibu'. Penulis merasakan terpanggil untuk berkongsi meraikan sambutan hari ibu disamping memaparkan beberapa foto induk terpilih yang berada dalam koleksi penulis.

Ramai rakan2 sering bertanyakan adakah masih ada induk2 baka saya yang ingin 'dimaharkan' maka jawapannya pasti ada untuk memeriahkan dunia pemeliharaan dan penternakan serama ini. Namun harus dibezakan dengan induk kelas pertandingan dan induk yang ingin digunakan sebagai 'induk kandang' pastinya fizikalnya amat berbeza. Induk kandang biasanya bersaiz besar dan tidak lagi secantik cuttingnya ketika dalam usia 'gadis sunti'. Namun istimewaannya sebahagian induk yang dipaparkan biarpun mampu rangkul kejuaraan dalam pertandingan malah sekaligus ia boleh bertelur. Namun cara membiaknya harus berhemah kerana ditakuti 'yang dikejar tak yang dikendong berciciran'.

INDUK JOHAN 5 KALI (SOLD OUT)



Induk ini pernah merangkul sekurang2nya 5 kali johan pertandingan serama. Yang terbaru sebagai 'Naib Johan' di Kenyir. Keistimewaannya boleh bertelur.

INDUK KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)


Induk 'cutting' slim' yang amat hebat dimeja. Gaya ayam ini gebas tarik seumpama ayam jantan. Mempunyai susunan ekor dan bilah ekor halus yang amat menarik. Foto ini diambil ketika induk ini sedang 'gila mengeram' 6 biji telurnya.




SERAMA REMAJA INDUK KELAS PERTANDINGAN

Induk ini dianggap ayam yang amat berpotensi untuk pertandingan dalam 1-2 bulan yang akan datang. Keistimewaannya ialah 'Cutting' Slim dan tengkuk bergetar di meja. Kedudukannya adalah sentiasa tarik 24 jam di meja.

SERAMA REMAJA INDUK (SOLD OUT)

Induk ini adalah induk dari darah gaya yang terpilih. Amat sesuai untuk dibuat baka kepada rakan2 yang belum memiliki baka darah juara maka inilah cadangannya...

SERAMA REMAJA (SOLD OUT)











Friday, May 8, 2009

ANAK GENERASI KE 3 TERBARU (SOLD OUT)



Ayam ini adalah anak bapak uban saya generasi ke 3. Namun ekor belum siap sepenuhnya. Warna matangnya adalah uban hitam + merah.

BAPAK KEPADA AYAM JOHAN MELAKA



Ini adalah bapak kepada ayam kuning johan di Melaka. Aksesori amat cantik dan mempunyai gaya persamaan dengan si anak iaitu angkat kaki apabila tarik di meja.

Wednesday, May 6, 2009

ANAK SERAMA A (SOLD OUT)





Ramai kawan2 bertanyakan asal baka keturunan ini. Ia adalah baka bapak uban atau ara saya (Rujuk Dibawah). Terlalu ramai bertanya khabar tentang ia namun saya nyatakan ia telah dimaharkan kpd seorang rakan yang tidak ingin dikenali. Namun insyAllah adik2 serama ini dijangka akan lebih hebat darinya kerana ia gabungan Induk tarik gebas tubi2 di meja + Bapak gaya lonjak dada tarik selam... Namun peminat adik2nya perlu sabar sedikit masa lagi kerana jantina si adik belum lagi jelas perlu diberi sedikit masa kpd saya untuk memastikannya.