Thursday, November 19, 2009

JUARA DALAM PEMBIKINAN (RM 2.5K)




Juara dalam pembikinan iaitu remaja masuk muda. Ayam ini amat hebat bergaya di meja iaitu gaya gebas tarik pacak bertubi2 dimeja. Ia dianggap juara dalam pembikinann kerana 'cutting' ini melalui pengamatan baka keluaran reban saya kebiasaannya mampu mengegarkan arena pertandingan. Ekor sedang keluar dan belum sepenuhnya siap.

Wednesday, November 18, 2009

PROMOSI AKHIR TAHUN : INDUK MUDA / REMAJA DARI BAKA TERPILIH (RM 300 - RM 600)










Promosi Akhir Tahun 2009 Induk Muda / Remaja Dari Baka Terpilih Sementara Stok Masih Ada!. Induk Muda/ Remaja Baka Terpilih Dari Reban Saya Ada Hampir 25 Ekor Harga Sekitar RM 300 -RM 600 Mengikut Gred Potensi & Kekuatan Genetik Juara. Berikut Adalah Sebahagian Foto Yang Sempat Dirakam Buat Tatapan Rakan2.

Induk Yang Berpotensi Menghasilkan Anak 'Yang Menjadi + Lagi Hebat' Mempunyai Petua2 Untuk Dikenalpasti Ciri2nya. Justeru Itu Pakej Belian 3 Ekor Ke Atas Akan Diberi Beberapa Tips Untuk Memilih Induk2 Hebat Berdasarkan Petua Orang2 Lama & Kajian Genetik, InsyAllah.

Induk2 Ini Adalah Hasil Pembiakan Generasi Ke 3 Saya Yang Telah Di'Upgrade' Potensi Gaya Di Meja & Aksesorinya.

Pakej : Beli 3 Induk Ke Atas + Beli Teknologi = Menghasilkan Anak Serama Hebat

Thursday, November 12, 2009

SERAMA MUDA KEMBAR LILIN LAWAN MEJA




Serama muda kembar lilin yang telah mula menunjukkan gaya yang baik di meja. Ia adalah gabungan genetik baka uban + sayap lempar.

SERAMA MUDA GAYA LONJAK / JULANG DADA




Serama muda ini amat hebat bergaya dimeja dengan gaya gebas tarik pacak bertubi2 dan berjalan sambil julang / lonjak dada. Ber'cutting' slim tinggi. Ia dijangka mampu pergi jauh di arena pertandingan pada masa hadapan.

INDUK SERAMA MUDA BAKA TERPILIH






Induk serama muda yang telah mula belajar bertelur dipamerkan di sini. Ia adalah gabungan genetik baka generasi ke 3 saya : Uban + Kuning Merah Sayap Lempar + Bapak Manisan Hangus saya.

Sunday, November 1, 2009

ANAK SERAMA TERBARU SAYA



Saturday, July 11, 2009

SERAMA REMAJA MASUK MUDA 2 KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)



Serama adalah anak bapak ara saya. Ia belum siap ekor sepenuhnya untuk masuk ke arena pertandingan. InsyAllah masuk Muda nanti ia akan muncul di arena pertandingan.

JUARA DALAM PEMBIKINAN 2 : SERAMA REMAJA MASUK MUDA (SOLD OUT)



Serama ini adalah anak bapak uban saya. Ia telah menunjukkan bakat gebas bertubi2 dimeja sejak dari kecil lagi. Kehebatannya dijangka akan terus menonjol ketika usia muda.

Serama ini semakin menunjukkan kehebatannya. Gaya gebas pacak bertubi2 di meja semakin menonjol dari hari ke hari... InsyAllah ia adalah Juara Dalam Pembikinan Saya Yang Terbaru.

SERAMA ANAK TERBARU SAYA ADA 8 EKOR JANTAN



Serama anak ini berusia beberapa minggu. Ia merupakan produk generasi ke 3 saya hasil dari teknik kepungan genetik dari baka2 terpilih.

SERAMA ANAK MASUK REMAJA 1 KELAS PERTANDINGAN




Serama anak hendak masuk remaja ini adalah anak bapak merah sayap lempar saya. Ia merupakan anak serama yang paling 'kemas' cutting' tubuhnya dan sejak kecil lagi amat bergaya di meja. Serama ini beratnya 130 gram namun berat dipenghujung kelas pertandingan Anak B. InsyAllah tunggu kemunculannya di arena remaja nanti.

SERAMA BARU MASUK REMAJA 1 KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT) JOHAN REMAJA PENANG PD 18 JULAI 2009





Serama ini adalah anak bapak manisan hangus saya. Ia merupakan serama baru hendak masuk remaja dan belum lagi keluar ke arena pertandingan kerana ekornya belum siap sepenuhnya. Gaya tarik julang dadanya amat menarik dan amat konsisten di meja.

Thursday, July 9, 2009

JUARA DALAM PEMBIKINAN (SOLD OUT)






Serama Muda ini amat hebat di meja. Dengan 'cutting' slim yang agak tinggi serta gaya tarik gebas pacak bertubi2 di meja menjadikan ia amat menarik untuk ditonton. (Foto dibawah diambil ketika bulu masih basah selepas dimandikan) video video

SERAMA INDUK KELAS PERTANDINGAN 4

Induk ini mirip Induk kelas pertandingan 2 namun ia adalah ayam yang berbeza. Gaya tarik selamnya sambil berjalan melonjak dada adalah suatu gaya yang amat menarik untuk ditonton.

SERAMA INDUK KELAS PERTANDINGAN 3


Dengan saiz yang amat kecil induk dan aksesori yang amat menarik induk ini berpotensi besar untuk pertandingan.

SERAMA INDUK KELAS PERTANDINGAN 2

SERAMA INDUK KELAS PERTANDINGAN 1 (SOLD OUT)


SERAMA ANAK


SERAMA BUAT BAPAK (ANAK BAPAK MANISAN HANGUS)

Bapak serama ini amat hebat di meja. Ia memiliki gaya yang luar biasa seperti mana gaya abangnya di dalam video anak bapak manisan hangus saya. Amat sesuai untuk dibuat bapak dari baka yang terpilih. InsyAllah nanti akan muncul video kehebatan anak bapak ini yang juga merupakan juara dalam pembikinan.

SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN 2



SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN 1


SERAMA INDUK MUDA KELAS PERTANDINGAN 2

SERAMA INDUK MUDA KELAS PERTANDINGAN 1


Wednesday, June 24, 2009

PERKEMBANGAN TERKINI 25 JUN 2009...

Harap maaf kawan2 saya agak sibuk dalam beberapa hari ini sehingga tidak sempat untuk 'up date' blog ini. Saya kini sedang rancang nak buat Pertandingan Keris Terbuka Nusantara Di Terengganu pada hujung Julai ini jadi agak sibuk juga turun naik pejabat exco dan seumpamanya. Jadi harap2 kawan2 banyak bersabo mungkin minggu depan saya akan paparkan beberapa 'produk' terbaru saya lagi insyAllah.

Thursday, May 28, 2009

ANAK A 02 GENERASI KE 3 SAYA

video video video

ANAK A 01 GENERASI KE 3 SAYA

video video

Wednesday, May 27, 2009

INDUK KELAS PERTANDINGAN (ANAK INDUK KANDANG SAYA) & BERTELUR (SOLD OUT - SABAH)



Kebiasaan induk yang 'kuat' tarik amat bermasalah dalam bertelur. Malah kalau dapat bertelur pun kebiasaannya amat sukar untuk 'lekat' benih. Namun situasi ini amat berbeza dengan induk yang dipaparkan ini. Induk ini amat konsisten bertelur tanpa ada masalah telur 'lembik' dan sebagainya. Juga selalu 'bagi can' bapak untuk mengawan mengambarkan bahawa ia adalah induk dari baka terpilih yang tiada masalah dalam pembiakan biarpun mempunyai gaya hebat sebegitu rupa.


Induk ini pernah mendapat Johan Induk dalam pertandingan serama di Batu Enam, Kuala Terengganu.


Sunday, May 24, 2009

KOTAK AYAM UNTUK PERTANDINGAN (RM 80 - RM 160)





SERAMA A (ANAK BAPAK MANISAN HANGUS SAYA) GAYA SEUMPAMA INI ADALAH 'GAYA BAKA TERAS' AYAM SAYA


Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah perumpamaan ayam serama ini yang merupakan anak kepada bapak Manisan Hangus saya. Ayam ini mempunyai gaya yang amat hebat di meja iaitu gebas tarik tubi2 pacak di meja. Gaya ini sebenarnya menjadi 'Gaya Teras' ayam baka saya.


Rakan2 cuba bandingkan antara gaya tarik selam namun tidak aktif / duduk diam di meja dengan gaya gebas tarik tubi2 pacak yang manakah lebih menarik. Sila lihat 2 rakaman video ini. Namun ayam ini sebenarnya diambil gambar dan videonya setelah berbulan-bulan diambil baka dan dikelilingi beberapa ekor induk. Namun prestasi gayanya dianggap masih memuaskan.
video video

SERAMA INDUK (REMAJA) KELAS PERTANDINGAN



Serama ini mempunyai mempunyai potensi besar untuk pertandingan dengan gaya tarik lonjak dada. Cara berjalannya juga penuh tertib dan sopan.

Friday, May 22, 2009

TIPS HASIL SERAMA HEBAT SIRI 2 : PILIH GENETIK BAKA SERAMA YANG BERGAYA DI MEJA

Keunikan serama ialah pada gayanya. Gaya serama banyak bergantung kepada genetiknya bukan boleh dilatih secara intensif, diurut / digosok dan sebagainya. Carilah baka yang kuat darah genetik gayanya namun harus diingat kecelaruan dalam menurunkan baka serama akan menghasilkan baka serama yang tidak stabil dari segi gayanya malah yang lahir jika ada yang berpotensi kebiasaannya adalah secara 'terpencil' bukan secara konsisten.

Baka serama yang hebat pastinya secara konsisten akan menjadi jaguh di arena pertandingan bukan kadang-kadang johan dan banyak jua yang tak 'lekat nombor' sebagai gambaran genetik serama kesayangan kita itu ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki segera. Harus diingat bahawa aksesori serama boleh direpair, diupgrade dan ditambahbaikan mengikut cita rasa keinginan kita namun 'gaya' serama di meja pertandingan tidak boleh direka cipta semudah melihatnya. Banyak ayam yang hebat aksesorinya namun 'tumbang' di meja pertandingan. Banyak ayam yang hebat di reban atau di sangkarnya umpama 'jaguh kampung' namun kecundang di meja pertandingan.

Sering kali, jua peminat serama terkeliru dengan suatu istilah 'jaguh kampung / reban'. Serama yang 'jaguh reban' hanya hebat di dalam sangkar atau di rebannya namun 'kecut perut', gelisah, ketakutan serba tak kena seumpama rusa masuk kampung dan seumpamanya apabila berada di arena pertandingan. Serama yang bergaya hebat di meja seperti kata2 ore Kelantan 'Bako Lawe Mejo' ialah baka yang begitu hebat bila di meja pertandingan. Semakin riuh rendah manusia, semakin gegak gempita suara serama pesaingnya di arena pertandingan maka semakin teruja dan ghairah ia menunjukkan gayanya. Justeru itu dimanakah rahsia kehebatannya, semuanya terletak kepada maklumat genetik 'darah pahlawan' yang mengalir dalam tubuhnya.

Gaya serama menurut pandangan saya terbahagi kepada dua iaitu ayam bergaya namun tidak diaktif di meja. Contohnya ayam bergaya tarik lonjak dada atau selam namun tidak aktif bergerak / berjalan di meja atau dengan kata lain 'duduk diam'. Harus diingat kebiasaan ayam yang tidak aktif seumpama ini juga tidak aktif dalam pembiakkan.

Manakala katogeri yang kedua ialah ayam bergaya dan amat aktif di meja. Ia menunjukan lagak gaya bergebas tarik bertubi2 dan aktif bergerak / berjalan di meja seumpama 'menari' mengelilingi meja. Kebiasaan ayam ini amat hebat bergebas dan tarik pacak di meja sambil bergerak mengelilingi meja di arena pertandingan.

Gaya katogeri kedua adalah gaya yang harus dimiliki oleh 'sang juara' kerana ia menampilkan gaya sejati kehebatan serama silam yang dikagumi dalam sejarah serama. Kebiasaan serama yang memiliki gaya seumpama ini akan merangkul gelaran 'Best Of The Best' dalam satu2 pertandingan meninggalkan ayam gaya tarik selam yang tarik & terus diam biarpun kilat sambar menyambar, guruh gegak gempita.

Justeru itu ciri-ciri gaya serama yang dianggap 'First Class' harus bercirikan berikut :
1. Gaya tarik sekurang2nya kelihatan mata melebihi kaki dan sehebatnya 'muncung /paruh' melepasi kaki.
2. Serama yang banyak bergebas/ berkepak tarik pacak di meja bukan pacak kilas atau kepak silang ke belakang.
3. Gaya dada yang kelihatan menonjol dan terbuka lebar sama aras dengan kepala bahu. Dada harus tinggi melonjak ke atas bukan jatuh di bawah dari kedudukan sepatutnya.
4. Serama yang aktif berjalan dengan penuh bergaya di meja pertandingan melalui gerakan langkah kaki yang tersusun sambil melonjakkan dadanya.
5. Serama yang apabila semakin riuh rendah suara manusia, gegak gempita di meja pertandingan maka semakin 'ghairah' ia ingin menunjukkan lagaknya atau 'Lawe Mejo' (Lawan Meja). Sebenarnya ciri2 baka 'Lawan Meja' boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda pada fizikalnya dan pengamatan orang yang berpengalaman.

Sekian, Cetusan Minda : Cikgu Mie Terengganu








Monday, May 18, 2009

ANAK SERAMA KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)











Biarpun anak serama yang dipamerkan ini masih berusia 'setahun jagung' namun ia memiliki potensi yang amat baik untuk pertandingan anak A dalam jangka masa 1 bulan lagi iaitu setelah ekornya agak panjang.


Ayam ini adalah kelahiran generasi ke 3 saya yang terdiri dari baka Bapak Merah Kuning (Sayap Lempar), Bapak Uban, Bapak Ara dan Bapak Manisan Hangus saya.


Melalui kelahiran generasi ini ingin dibuktikan bahawa hanya melalui gabungan genetik serama original akan melahirkan serama berpotensi tinggi dengan nisbah penghasilan yang amat besar bukan sekadar kelahiran secara 'terpencil' atau seekor dari puluhan ekor anak yang dihasilkan oleh penternaknya.

SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)




Serama muda ini adalah serama kelas pertandingan dengan gaya angkat dada yang amat menarik.

BAPAK SERAMA KELABU


Bapak serama ini adalah bapak dari darah terpilih Man Terengganu. Ia adalah ayam serama yang amat hebat tarik bertubi2 di atas meja. Ia amat sesuai untuk dibuat bapak atau diambil darah baka yang terpilih. Darah serama bapak kelabu ini amat top di Dungun.

SERAMA MUDA KELAS PERTANDINGAN


Ayam muda ini dianggap ayam yang amat berpotensi besar serta memiliki aksersori yang menarik. Gaya di meja semakin meningkat dari hari ke hari. Ayam ini adalah satu baka / keturunan dengan ayam 'Best Of The Best' di Kenyir pada 2 Mei 2009 yang lalu.

Monday, May 11, 2009

TIPS HASIL SERAMA HEBAT SIRI 1 : PILIH DARAH BAKA JUARA SILAM YANG 'ORIGINAL'

Cetusan minda ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan ilmu dengan 'sifu2' serama silam. Ilmu penternakan serama secara praktikal sebenarnya belum lagi dibukukan atau dikaji secara ilmiah melainkan sedikit kajian2 yg telah diutarakan oleh pengkaji sebelum ini berdasarkan pengalaman penternak silam.


Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.


Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.


Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.


Namun persoalannya kini tidak ramai penternak mengetahui dengan jelas soal darah original baka juara serama silam melainkan merujuk kepada individu yang mengkaji dan mengetahui sejarahnya dengan jelas. Malah satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penternak serama kini ialah menternak serama dengan membeli terus melalui 'orang tengah' atau pemborong serama yang pasti tidak menceritakan secara tepat atau jelas asal usul keturunan serama yang ditawarkannya atas alasan ianya tidak penting atau strategi bisnes...


Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...


Penulis turut berkongsi kesedihan bila mana menyaksikan ramai di kalangan peminat serama yang begitu bersemangat dan teruja dalam memulakan penternakan akhirnya kecewa lantaran hasil yang diingini dari pelaburan besar yang dibuatnya ternyata tidak berbaloi. Induk dan bapak dibeli dari baka yang cantik atau dikatakan 'terpilih' dengan harga yang pasti tidak rendah namun masih gagal menghasilkan generasi anak serama yang setanding dengan kehebatan induk dan bapaknya. Akhirnya dunia serama kehilangan seorang lagi peminat serama tegar yang pasti merugikan alam serama buat sekian kalinya jua.... Cetusan Minda Cikgu Mie Kemaman...

Sunday, May 10, 2009

PELBAGAI INDUK SEMPENA HARI IBU

Pelbagai induk dipamerkan sempena 'Hari Ibu'. Penulis merasakan terpanggil untuk berkongsi meraikan sambutan hari ibu disamping memaparkan beberapa foto induk terpilih yang berada dalam koleksi penulis.

Ramai rakan2 sering bertanyakan adakah masih ada induk2 baka saya yang ingin 'dimaharkan' maka jawapannya pasti ada untuk memeriahkan dunia pemeliharaan dan penternakan serama ini. Namun harus dibezakan dengan induk kelas pertandingan dan induk yang ingin digunakan sebagai 'induk kandang' pastinya fizikalnya amat berbeza. Induk kandang biasanya bersaiz besar dan tidak lagi secantik cuttingnya ketika dalam usia 'gadis sunti'. Namun istimewaannya sebahagian induk yang dipaparkan biarpun mampu rangkul kejuaraan dalam pertandingan malah sekaligus ia boleh bertelur. Namun cara membiaknya harus berhemah kerana ditakuti 'yang dikejar tak yang dikendong berciciran'.

INDUK JOHAN 5 KALI (SOLD OUT)



Induk ini pernah merangkul sekurang2nya 5 kali johan pertandingan serama. Yang terbaru sebagai 'Naib Johan' di Kenyir. Keistimewaannya boleh bertelur.

INDUK KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)


Induk 'cutting' slim' yang amat hebat dimeja. Gaya ayam ini gebas tarik seumpama ayam jantan. Mempunyai susunan ekor dan bilah ekor halus yang amat menarik. Foto ini diambil ketika induk ini sedang 'gila mengeram' 6 biji telurnya.




SERAMA REMAJA INDUK KELAS PERTANDINGAN

Induk ini dianggap ayam yang amat berpotensi untuk pertandingan dalam 1-2 bulan yang akan datang. Keistimewaannya ialah 'Cutting' Slim dan tengkuk bergetar di meja. Kedudukannya adalah sentiasa tarik 24 jam di meja.

SERAMA REMAJA INDUK (SOLD OUT)

Induk ini adalah induk dari darah gaya yang terpilih. Amat sesuai untuk dibuat baka kepada rakan2 yang belum memiliki baka darah juara maka inilah cadangannya...

SERAMA REMAJA (SOLD OUT)











Friday, May 8, 2009

ANAK GENERASI KE 3 TERBARU (SOLD OUT)



Ayam ini adalah anak bapak uban saya generasi ke 3. Namun ekor belum siap sepenuhnya. Warna matangnya adalah uban hitam + merah.

BAPAK KEPADA AYAM JOHAN MELAKA



Ini adalah bapak kepada ayam kuning johan di Melaka. Aksesori amat cantik dan mempunyai gaya persamaan dengan si anak iaitu angkat kaki apabila tarik di meja.

Wednesday, May 6, 2009

ANAK SERAMA A (SOLD OUT)





Ramai kawan2 bertanyakan asal baka keturunan ini. Ia adalah baka bapak uban atau ara saya (Rujuk Dibawah). Terlalu ramai bertanya khabar tentang ia namun saya nyatakan ia telah dimaharkan kpd seorang rakan yang tidak ingin dikenali. Namun insyAllah adik2 serama ini dijangka akan lebih hebat darinya kerana ia gabungan Induk tarik gebas tubi2 di meja + Bapak gaya lonjak dada tarik selam... Namun peminat adik2nya perlu sabar sedikit masa lagi kerana jantina si adik belum lagi jelas perlu diberi sedikit masa kpd saya untuk memastikannya.

SERAMA A KELAS BAPAK (SOLD OUT)



Ayam Serama A kelas buat 'bapak'. Ayam ini mempunyai aksesori yang menarik dan tengkuk bergetar.

SERAMA A KELAS BAPAK (SOLD OUT)



Ayam serama ini amat bergaya di meja. Dengan gaya gebas kepak pacak bertubi2. Ia adalah serama yang amat baik untuk buat baka. Mempunyai gabungan darah limbat & husin. Serama ini amat sesuai untuk buat 'bapak' atau ambil darah baka yang terpilih. video video

Thursday, April 23, 2009

SERAMA A JOHAN DI MELAKA, 26 APRIL 2009 (88 MATA)



Bapak terbaru yang telah siap sedia untuk masuk pertandingan. Memiliki aksoseri yang tidak 'terkalah' dan gaya tarik gebas meja yang bertubi2. Amat bergaya dans ering ankat sebelah kaki apabila tarik.

INDUK TERPILIH YANG DIHANTAR KE KANGAR


Induk muda ini telah bertelur 3 kali. Walaupun agak kecil dan tarik kelas pertandingan namun tiada masalah dalam bertelur. Induk ini telah dijual kepada seorang rakan di Perlis.

ANAK A GENERASI KE 3 SAYA



Anak serama ini berumur 2 minggu dan masih belum bercerai dengan ibunya. Gayanya sudah nampak 'bakat' serama terpilih.

Sunday, April 12, 2009

SERAMA MUDA 2 KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)



Serama Muda yang memiliki potongan tubuh yang amat menarik dan berwarna keemasan. Ia merupakan serama berpotensi tinggi dan dijangka gayanya akan lebih hebat apabila masuk katogeri nanti setelah mencapai tahap kematangannya.

SERAMA KELAS PERTANDINGAN




Serama ini amat hebat di meja. Sentiasa gebas tarik bertubi2 din atas meja. Pernah merangkul 2 kali naib Johan serama Terengganu ketika usia muda.

SERAMA MUDA 1 KELAS PERTANDINGAN (SOLD OUT)


Serama Muda ini baru menunjukkan bakat dalam seminggu yang lalu. Belum pernah diuji dalam pertandingan. Amat berpotensi untuk digelar juara.

Monday, April 6, 2009

SERAMA MUDA TENGKUK BERGETAR (SOLD OUT)



Ayam muda ini memiliki aksesori yang hebat. Potensinya belum sepenuhnya dengan usianya yang masih muda dan belum matang gayanya. Keistimewaannya ialah 'tengkuk bergetar'. Warna kuning bersih.

Thursday, April 2, 2009

BAPAK SERAMA BERTERASKAN GAYA 'LAWAN MEJA' SAYA KINI










Ini adalah sebahagian dari bapak serama saya kini. Berumur antara 1-2 tahun setengah. Rupa memang tidak terurus kerana diguna secara optimum untuk 'membiakkan' baka generasi ke 3 saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bapak No 1 (Uban)
Bapak ini usianya dalam setahun. Kelebihan baka ini ialah gaya tarik selam & lonjak dada. Baka ini adalah baka yang sentiasa konsisten dalam bergaya sehingga ia dikenali sebagai baka 'tarik 24 jam'.

Bapak No 2 (Kuning Merah 1)
Ia adalah baka gaya gebas tarik bertubi2 di atas meja. Semakin lama di meja pertandingan ia semakin aktif menunjukkan 'lagaknya'. Ia amat aktif 'menari' dan bergerak mengelilingi meja. Usia dalam 2 tahun setengah.

Bapak No 3 (Ara)
Bapak ini adalah bapak yang unik dari segi gaya dan saiznya yang amat kecil. Ia banyak mewarisi darah ayam katik Japanese Bertam yang menjadi asal usul ayam serama. Bapak ini sifatnya 'slow and steady'. Biarpun tampak tenang di meja namun sentiasa tarik gebas pacak secara konsisten. Ia adalah warisan darah generasi serama silam yang hampir pupus di telan zaman. Usia dalam 2 tahun setengah.

Bapak N0 4 (Kuning Merah 2)
Bapak ini adalah sedarah dengan Kuning Merah 1. Ia adalah baka gaya gebas tarik bertubi2 di atas meja. Keistimewaan bapak ini ialah 'buah lonjak sayap' ke hadapan. Usia sekitar 2 tahun setengah. Ia juga adalah bapak teras kepada baka asal saya. Bapak ini amat konsisten dari segi gayanya, biarpun kehidupannya bertahun2 dikelilingi induk di sangkar namun letaklah ia di meja pasti ia akan terus menunjukkan gaya tarik gebas bertubi2 tanpa henti.

Bapak No 5 (Merah Manisan Hangus Penuh)
Bapak ini adalah bapak tua serta seangkatan dengan 'Bapak Kecil Saya' Usia sekitar 3 tahun. Fizikalnya adalah mirip jaguh serama asal yang dikenali sebagai Pak 2000. Susunan, bukaan ekor yang cantik. Di samping bilah ekor & lawinya yang halus. Ia adalah baka ayam yang amat konsisten bergaya di meja. Pinggangnya yang amat ramping menyerlahkan lagi keanggunannya. Baka ini adalah mirip kepada baka jaguh serama silam amat jarang ditemui lagi pada hari ini.

Friday, March 27, 2009

ANAK A SERAMA GENERASI KE 3 CIKGU MIE




Ini adalah anak pertama generasi ke 3 saya yang telah 'diupgrade'kan maklumat genetiknya dari generasi ke 2 dengan 'menambah nilai ' beberapa ciri-ciri fizikal dan gayanya. Namun generasi ini adalah generasi 'dalam pembikinan' yang sekurang-kurangnya memakan hampir masa 5 bulan untuk menilai potensinya dengan lebih tepat. Kalau ramai rakan2 bertanyakan tentang anak baka Rinting Muda yang telah 'dimaharkan' itu, ramalan saya generasi ini adalah lebih hebat dari generasi2 saya yang terdahulu.

Gaya anak A seumpama ini adalah gaya 'Model Pertandingan' namun belum cukup matang kerana usianya dalam sebulan dan kena tunggu ekornya panjang sedikit untuk menjulang kejuaraan. Tengkuknya yang agak panjang, pinggangnya yang agak lentik atau berbentuk 'S' adalah ciri2 gaya Anak A yang menjadi pilihan ramai.

Wednesday, March 25, 2009

ANAK SERAMA GENERASI KE 3

Setelah menyepi diri selama hampir 2 tahun saya kembali ke arena penternakan serama semula. Alhamdulillah semua baka saya dijaga dengan baik oleh adik saya di kampung dan masih bernyawa. Biarpun mungkin produktivitinya agak kurang sebelum ini namun insyAllah dengan kudrat yang dikurniakan oleh Allah jua berbekalkan sedikit ilmu di dada saya akan cuba mewarnai dunia serama dengan baka2 yang diupgrade dari jaguh2 silam serama Terengganu.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga darah2 serama yang terpilih ini. Perlu berhati-hati dalam mencampurkan genetik baru untuk tujuan 'upgrade' baka teras yang sedia ada. Seringkali ramai di kalangan penternak serama hanya mampu melahirkan baka serama Generasi Pertama yang hebat setanding dengan induk atau kejaguhan bapanya.

Namun bila generasi kedua dilahirkan sebahagian besar penternak serama seolah-olah hilang punca. Ia berlaku kerana kekurangan maklumat kita terhadap genetik serama yang kita beli di pasaran sehingga kita terlupa bahawa kelahiran seekor anak serama banyak ditentukan oleh darah keturunan asalnya.

Dunia penternakan ayam serama masih baru sebenarnya jika dibandingkan dengan dunia ayam laga atau ayam sabung yang telah wujud sejak berabad lamanya sebagai sukan tradisonal masyarakat nusantara. Justeru itu tidak salah jika sekiranya sebahagian teori dan kaedah penternakan ayam sabung diterima pakai dalam penternakan ayam serama terutama dalam memilih ciri2 hebat dan kaedah penjagaannya.

Baka serama yang hebat pastinya secara konsisten akan menjadi jaguh di arena pertandingan bukan kadang-kadang johan dan banyak jua yang tak lekat nombor sebagai gambaran genetik serama kesayangan kita itu ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki segera. Ingat rakan2 bahawa aksesori serama boleh direpair, diupgrade dan ditambah baikan mengikut cita rasa keinginan kita namun 'gaya' serama di meja pertandingan tidak boleh direka cipta semudah melihatnya. Banyak ayam yang hebat aksesorinya namun 'tumbang' di meja pertandingan. Banyak ayam yang hebat di reban atau di sangkarnya umpama 'jaguh kampung' namun 'kecut perut', gelisah dan ketakutan apabila berada di arena pertandingan.

Saya alhamdulillah masih mengekalkan 'teras baka' saya iaitu baka gaya gebas tarik bertubi2 di meja dan aktif berjalan menjelajahi 4 bucu meja pertandingan sambil berlagak menunjukkan 'ke'hero'annya' atau kejaguhannya. Namun disebalik kelebihan baka saya ini masih terdapat beberapa kekurangan yang sedang diperbaiki. Alhamdulillah segala 'peralatan pembaikian' telah ada cuma tunggu masa untuk menentukan samada teori kajian genetik ini dapat dibuktikan kejayaannya melalui kelahiran Generasi Ke 3 Serama saya... InsyAllah... Cikgu Mie Kemaman Terengganu.

SERAMA MUDA (SOLD OUT)




Serama muda dari baka terpilih ini amat berpotensi besar pada masa hadapan. Kini telah menunjukkan gaya gebas tarik di meja dan dianggap seekor ayam yang amat berpotensi besar pada masa hadapan.

INDUK PERTANDINGAN (OFFER RM 700)




Induk ini pernah mendapat tempat kedua sebanyak 2x dalam pertandingan serama beberapa bulan yang lalu. Masih sesuai untuk masuk pertandingan dalam jangka waktu yang lama. Amat bergaya dimeja dan saiz yang amat kecil.

Friday, March 20, 2009

INDUK


Sebahagian dari induk-induk saya yang berumur setahun lebih. Induk yang menjadi anak tidak semestinya harus 'tarik' seperti bapak namun yang paling penting darah keturunannya harus jelas dari mana supaya mudah untuk kita padankan dengan bapak yang terpilih. Kadang-kadang ramai kawan2 bertanyakan kenapakan induk mereka yang cantik dan dipadankan dengan bapak yang hebat namun keluar anak yang kurang hebat. Jawapannya terletak kepada cantuman genetik dan darah pasangan tersebut adakah ia sesuai, ada pertalian dan sebagainya. Kehebatan induk adalah terletak kepada kemampuannya mewarisi kehebatan yang lebih baik atau setanding dengannya bukan terletak kepada fizikal 'tariknya' sahaja.

SERAMA REMAJA 01 (SOLD OUT)


Serama ini adalah serama baka genetik yang terpilih. Darah baka ini kebiasaan agak lambat 'tarik' sekurang-kurangnya setelah usianya masuk katogeri muda. Namun setelah cukup masanya ia akan amat hebat di meja. Dengan aksesori yang hampir sempurna ayam yang ber'cutting' tegap dan tinggi ini dijangka hebat dalam jangka masa sebulan dua ini. Malah gayanya dilihat hampir 'mari' sebagaimana foto yang dipaparkan. Keistimewaan baka ini ialah gaya gegar tengkuk dan tarik selam / lonjak dada.

Thursday, March 19, 2009

SERAMA MUDA (SOLD OUT)


Serama berwarna ara ini mempunyai aksesori serama yang menarik. Beratnya 310 gram. Di samping gaya 'tariknya' dan 'lonjakkan' dadanya yang jarang-jarang ditemui pada gaya serama hari ini. Kadang-kadang tengkuknya juga bergetar.




SERAMA MUDA (SOLD OUT)




Serama muda ini mempunyai warna dan aksesori yang menarik. Di samping dadanya yang agak besar. Beratnya 330 gram.


SERAMA REMAJA (SOLD OUT)




Ayam serama ini digelar sebagai serama 'Tarik 24 jam'. Jantina ayam ini masih diragui kerana rupanya macam betina namun kepala balung dan lagaknya kini seumpama ayam jantan. Kelebihannya terletak kepada dadanya yang bersaiz besar, tekuknya yang bergetar dan 'buah tariknya'. Ia adalah spesis serama 'Model Pertandingan'.


Friday, March 13, 2009

SEJARAH GENETIK SERAMA

Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.

Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.

Justeru itu penternak yang arif terhadap maklumat genetik ini akan mampu mengenal pasti ciri-ciri yang dominan terhadap ayam serama peliharaannya. Sebarang ketidakseimbangan campuran genetik ini pada ayam yang diternaknya akan menghasilkan bentuk rupa ayam serama yang tidak mengikut standard kualiti yang dikehendaki. Lantaran itu sering kali penternak serama selalu 'kepeningan' bila mana melihat anak serama yang dihasilkan tidak mengambarkan ciri-ciri kehebatan bapa atau induk yang melahirkannya. Juga seringkali johan bapak serama hebat dikawinkan dengan johan induk yang hebat tetapi hasilnya ialah 'Anak Kapan'. Kenapakah ia terjadi ?

Sering jua peminat serama amat kecewa apabila membiakkan baka yang terpilih kerana gagal menghasilkan anak serama yang jauh dari kehebatan induk atau bapanya. Mengapakah ia terjadi ? Sama-samalah kita fikir-fikirkannya..... Cikgu Mie Terengganu.

SERAMA GENERASI KE 2 CIKGU MIE


Ayam ini telah menjadi teras bapak generasi ke 2 saya. Ayam ini telah memenangi sekurang-kurangnya 5 kali johan katogeri remaja dan muda serta pernah mendapat Gelaran 'Best Of The Best' dalam satu pertandingan di Kuala Terengganu.


Keistemewaan generasi kedua ini ia telah ditambahkan lagi 'Power Gaya' di meja berbanding serama generasi pertama dan tambahan lonjakan sayap ke hadapan. Gambar ini diambil setahun setengah yang lalu setelah bapak ini dimasukkan induk selama 6 bulan namun lihatlah tiada perubahan kepada genetik serama yang bergaya. Pesanan saya kepada rakan2 penternak ialah gaya serama banyak bergantung kepada genetiknya bukan boleh dilatih secara intensif, diurut / digosok dan sebagainya. Carilah baka yang kuat darah genetik gayanya namun harus diingat kecelaruan dalam menurunkan baka serama akan menghasilkan baka serama yang tidak stabil dari segi gayanya malah yang lahir kebiasaannya adalah secara 'terpencil' bukan secara konsisten. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA ANAK JANTAN


(Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA ANAK BETINA

(Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA REMAJA


SERAMA MUDA



BAKA ASAL CIKGU MIE TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI 'BAPAK KECIL'


Ayam serama ini telah menjadi johan anak A & B sebanyak 7 kali, katogeri remaja dan muda 5 kali. Selepas itu ia dijadikan 'Teras Baka' saya dan dimasukkan pelbagai induk yang hebat dari sudut genetik dan darahnya.

Kehebatan baka ini ialah dari segi eksesori & saiznya yang kecil, gayanya yang hebat terutama 'buah' tarik gebas di atas meja yang tidak pernah jemu-jemu dan gaya berjalannya seumpama menari di meja pertandingan. Gayanya yang hebat akan semakin ditonjolkan terutama dalam kemeriahan pertandingan atau dalam istilah kelantan dikenali sebagai ayam 'Lawan Meja'. Ia adalah hasil gabungan gaya dan genetik johan-johan serama silam. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)