Friday, March 27, 2009

ANAK A SERAMA GENERASI KE 3 CIKGU MIE




Ini adalah anak pertama generasi ke 3 saya yang telah 'diupgrade'kan maklumat genetiknya dari generasi ke 2 dengan 'menambah nilai ' beberapa ciri-ciri fizikal dan gayanya. Namun generasi ini adalah generasi 'dalam pembikinan' yang sekurang-kurangnya memakan hampir masa 5 bulan untuk menilai potensinya dengan lebih tepat. Kalau ramai rakan2 bertanyakan tentang anak baka Rinting Muda yang telah 'dimaharkan' itu, ramalan saya generasi ini adalah lebih hebat dari generasi2 saya yang terdahulu.

Gaya anak A seumpama ini adalah gaya 'Model Pertandingan' namun belum cukup matang kerana usianya dalam sebulan dan kena tunggu ekornya panjang sedikit untuk menjulang kejuaraan. Tengkuknya yang agak panjang, pinggangnya yang agak lentik atau berbentuk 'S' adalah ciri2 gaya Anak A yang menjadi pilihan ramai.

Wednesday, March 25, 2009

ANAK SERAMA GENERASI KE 3

Setelah menyepi diri selama hampir 2 tahun saya kembali ke arena penternakan serama semula. Alhamdulillah semua baka saya dijaga dengan baik oleh adik saya di kampung dan masih bernyawa. Biarpun mungkin produktivitinya agak kurang sebelum ini namun insyAllah dengan kudrat yang dikurniakan oleh Allah jua berbekalkan sedikit ilmu di dada saya akan cuba mewarnai dunia serama dengan baka2 yang diupgrade dari jaguh2 silam serama Terengganu.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga darah2 serama yang terpilih ini. Perlu berhati-hati dalam mencampurkan genetik baru untuk tujuan 'upgrade' baka teras yang sedia ada. Seringkali ramai di kalangan penternak serama hanya mampu melahirkan baka serama Generasi Pertama yang hebat setanding dengan induk atau kejaguhan bapanya.

Namun bila generasi kedua dilahirkan sebahagian besar penternak serama seolah-olah hilang punca. Ia berlaku kerana kekurangan maklumat kita terhadap genetik serama yang kita beli di pasaran sehingga kita terlupa bahawa kelahiran seekor anak serama banyak ditentukan oleh darah keturunan asalnya.

Dunia penternakan ayam serama masih baru sebenarnya jika dibandingkan dengan dunia ayam laga atau ayam sabung yang telah wujud sejak berabad lamanya sebagai sukan tradisonal masyarakat nusantara. Justeru itu tidak salah jika sekiranya sebahagian teori dan kaedah penternakan ayam sabung diterima pakai dalam penternakan ayam serama terutama dalam memilih ciri2 hebat dan kaedah penjagaannya.

Baka serama yang hebat pastinya secara konsisten akan menjadi jaguh di arena pertandingan bukan kadang-kadang johan dan banyak jua yang tak lekat nombor sebagai gambaran genetik serama kesayangan kita itu ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki segera. Ingat rakan2 bahawa aksesori serama boleh direpair, diupgrade dan ditambah baikan mengikut cita rasa keinginan kita namun 'gaya' serama di meja pertandingan tidak boleh direka cipta semudah melihatnya. Banyak ayam yang hebat aksesorinya namun 'tumbang' di meja pertandingan. Banyak ayam yang hebat di reban atau di sangkarnya umpama 'jaguh kampung' namun 'kecut perut', gelisah dan ketakutan apabila berada di arena pertandingan.

Saya alhamdulillah masih mengekalkan 'teras baka' saya iaitu baka gaya gebas tarik bertubi2 di meja dan aktif berjalan menjelajahi 4 bucu meja pertandingan sambil berlagak menunjukkan 'ke'hero'annya' atau kejaguhannya. Namun disebalik kelebihan baka saya ini masih terdapat beberapa kekurangan yang sedang diperbaiki. Alhamdulillah segala 'peralatan pembaikian' telah ada cuma tunggu masa untuk menentukan samada teori kajian genetik ini dapat dibuktikan kejayaannya melalui kelahiran Generasi Ke 3 Serama saya... InsyAllah... Cikgu Mie Kemaman Terengganu.

SERAMA MUDA (SOLD OUT)




Serama muda dari baka terpilih ini amat berpotensi besar pada masa hadapan. Kini telah menunjukkan gaya gebas tarik di meja dan dianggap seekor ayam yang amat berpotensi besar pada masa hadapan.

INDUK PERTANDINGAN (OFFER RM 700)




Induk ini pernah mendapat tempat kedua sebanyak 2x dalam pertandingan serama beberapa bulan yang lalu. Masih sesuai untuk masuk pertandingan dalam jangka waktu yang lama. Amat bergaya dimeja dan saiz yang amat kecil.

Friday, March 20, 2009

INDUK


Sebahagian dari induk-induk saya yang berumur setahun lebih. Induk yang menjadi anak tidak semestinya harus 'tarik' seperti bapak namun yang paling penting darah keturunannya harus jelas dari mana supaya mudah untuk kita padankan dengan bapak yang terpilih. Kadang-kadang ramai kawan2 bertanyakan kenapakan induk mereka yang cantik dan dipadankan dengan bapak yang hebat namun keluar anak yang kurang hebat. Jawapannya terletak kepada cantuman genetik dan darah pasangan tersebut adakah ia sesuai, ada pertalian dan sebagainya. Kehebatan induk adalah terletak kepada kemampuannya mewarisi kehebatan yang lebih baik atau setanding dengannya bukan terletak kepada fizikal 'tariknya' sahaja.

SERAMA REMAJA 01 (SOLD OUT)


Serama ini adalah serama baka genetik yang terpilih. Darah baka ini kebiasaan agak lambat 'tarik' sekurang-kurangnya setelah usianya masuk katogeri muda. Namun setelah cukup masanya ia akan amat hebat di meja. Dengan aksesori yang hampir sempurna ayam yang ber'cutting' tegap dan tinggi ini dijangka hebat dalam jangka masa sebulan dua ini. Malah gayanya dilihat hampir 'mari' sebagaimana foto yang dipaparkan. Keistimewaan baka ini ialah gaya gegar tengkuk dan tarik selam / lonjak dada.

Thursday, March 19, 2009

SERAMA MUDA (SOLD OUT)


Serama berwarna ara ini mempunyai aksesori serama yang menarik. Beratnya 310 gram. Di samping gaya 'tariknya' dan 'lonjakkan' dadanya yang jarang-jarang ditemui pada gaya serama hari ini. Kadang-kadang tengkuknya juga bergetar.




SERAMA MUDA (SOLD OUT)




Serama muda ini mempunyai warna dan aksesori yang menarik. Di samping dadanya yang agak besar. Beratnya 330 gram.


SERAMA REMAJA (SOLD OUT)




Ayam serama ini digelar sebagai serama 'Tarik 24 jam'. Jantina ayam ini masih diragui kerana rupanya macam betina namun kepala balung dan lagaknya kini seumpama ayam jantan. Kelebihannya terletak kepada dadanya yang bersaiz besar, tekuknya yang bergetar dan 'buah tariknya'. Ia adalah spesis serama 'Model Pertandingan'.


Friday, March 13, 2009

SEJARAH GENETIK SERAMA

Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.

Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.

Justeru itu penternak yang arif terhadap maklumat genetik ini akan mampu mengenal pasti ciri-ciri yang dominan terhadap ayam serama peliharaannya. Sebarang ketidakseimbangan campuran genetik ini pada ayam yang diternaknya akan menghasilkan bentuk rupa ayam serama yang tidak mengikut standard kualiti yang dikehendaki. Lantaran itu sering kali penternak serama selalu 'kepeningan' bila mana melihat anak serama yang dihasilkan tidak mengambarkan ciri-ciri kehebatan bapa atau induk yang melahirkannya. Juga seringkali johan bapak serama hebat dikawinkan dengan johan induk yang hebat tetapi hasilnya ialah 'Anak Kapan'. Kenapakah ia terjadi ?

Sering jua peminat serama amat kecewa apabila membiakkan baka yang terpilih kerana gagal menghasilkan anak serama yang jauh dari kehebatan induk atau bapanya. Mengapakah ia terjadi ? Sama-samalah kita fikir-fikirkannya..... Cikgu Mie Terengganu.

SERAMA GENERASI KE 2 CIKGU MIE


Ayam ini telah menjadi teras bapak generasi ke 2 saya. Ayam ini telah memenangi sekurang-kurangnya 5 kali johan katogeri remaja dan muda serta pernah mendapat Gelaran 'Best Of The Best' dalam satu pertandingan di Kuala Terengganu.


Keistemewaan generasi kedua ini ia telah ditambahkan lagi 'Power Gaya' di meja berbanding serama generasi pertama dan tambahan lonjakan sayap ke hadapan. Gambar ini diambil setahun setengah yang lalu setelah bapak ini dimasukkan induk selama 6 bulan namun lihatlah tiada perubahan kepada genetik serama yang bergaya. Pesanan saya kepada rakan2 penternak ialah gaya serama banyak bergantung kepada genetiknya bukan boleh dilatih secara intensif, diurut / digosok dan sebagainya. Carilah baka yang kuat darah genetik gayanya namun harus diingat kecelaruan dalam menurunkan baka serama akan menghasilkan baka serama yang tidak stabil dari segi gayanya malah yang lahir kebiasaannya adalah secara 'terpencil' bukan secara konsisten. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA ANAK JANTAN


(Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA ANAK BETINA

(Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

SERAMA REMAJA


SERAMA MUDA



BAKA ASAL CIKGU MIE TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI 'BAPAK KECIL'


Ayam serama ini telah menjadi johan anak A & B sebanyak 7 kali, katogeri remaja dan muda 5 kali. Selepas itu ia dijadikan 'Teras Baka' saya dan dimasukkan pelbagai induk yang hebat dari sudut genetik dan darahnya.

Kehebatan baka ini ialah dari segi eksesori & saiznya yang kecil, gayanya yang hebat terutama 'buah' tarik gebas di atas meja yang tidak pernah jemu-jemu dan gaya berjalannya seumpama menari di meja pertandingan. Gayanya yang hebat akan semakin ditonjolkan terutama dalam kemeriahan pertandingan atau dalam istilah kelantan dikenali sebagai ayam 'Lawan Meja'. Ia adalah hasil gabungan gaya dan genetik johan-johan serama silam. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)