Friday, March 13, 2009

BAKA ASAL CIKGU MIE TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI 'BAPAK KECIL'


Ayam serama ini telah menjadi johan anak A & B sebanyak 7 kali, katogeri remaja dan muda 5 kali. Selepas itu ia dijadikan 'Teras Baka' saya dan dimasukkan pelbagai induk yang hebat dari sudut genetik dan darahnya.

Kehebatan baka ini ialah dari segi eksesori & saiznya yang kecil, gayanya yang hebat terutama 'buah' tarik gebas di atas meja yang tidak pernah jemu-jemu dan gaya berjalannya seumpama menari di meja pertandingan. Gayanya yang hebat akan semakin ditonjolkan terutama dalam kemeriahan pertandingan atau dalam istilah kelantan dikenali sebagai ayam 'Lawan Meja'. Ia adalah hasil gabungan gaya dan genetik johan-johan serama silam. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

2 comments:

  1. macam mana nak hasilkan baka serama yang cantik? model slim, dada angkat tarik habis? boleh buat baka lagi. kebanyakan ayam tarik tak membiak.

    ReplyDelete
  2. Untuk mendapatkan baka serama yang cantik maklumat genetik atau keturunan harus jelas. Cantik fizikal adalah berbeza dengan gaya (tarik). Terdapat jua ayam cantik namun tak tarik. Jueteru itu maklumat genetik baka yang memainkan peranan yang besar dalam menentukan kualiti anak. Ayam tarik sebagaimana baka saya tiada masalah dalam pembiakan.

    ReplyDelete