Wednesday, March 25, 2009

ANAK SERAMA GENERASI KE 3

Setelah menyepi diri selama hampir 2 tahun saya kembali ke arena penternakan serama semula. Alhamdulillah semua baka saya dijaga dengan baik oleh adik saya di kampung dan masih bernyawa. Biarpun mungkin produktivitinya agak kurang sebelum ini namun insyAllah dengan kudrat yang dikurniakan oleh Allah jua berbekalkan sedikit ilmu di dada saya akan cuba mewarnai dunia serama dengan baka2 yang diupgrade dari jaguh2 silam serama Terengganu.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga darah2 serama yang terpilih ini. Perlu berhati-hati dalam mencampurkan genetik baru untuk tujuan 'upgrade' baka teras yang sedia ada. Seringkali ramai di kalangan penternak serama hanya mampu melahirkan baka serama Generasi Pertama yang hebat setanding dengan induk atau kejaguhan bapanya.

Namun bila generasi kedua dilahirkan sebahagian besar penternak serama seolah-olah hilang punca. Ia berlaku kerana kekurangan maklumat kita terhadap genetik serama yang kita beli di pasaran sehingga kita terlupa bahawa kelahiran seekor anak serama banyak ditentukan oleh darah keturunan asalnya.

Dunia penternakan ayam serama masih baru sebenarnya jika dibandingkan dengan dunia ayam laga atau ayam sabung yang telah wujud sejak berabad lamanya sebagai sukan tradisonal masyarakat nusantara. Justeru itu tidak salah jika sekiranya sebahagian teori dan kaedah penternakan ayam sabung diterima pakai dalam penternakan ayam serama terutama dalam memilih ciri2 hebat dan kaedah penjagaannya.

Baka serama yang hebat pastinya secara konsisten akan menjadi jaguh di arena pertandingan bukan kadang-kadang johan dan banyak jua yang tak lekat nombor sebagai gambaran genetik serama kesayangan kita itu ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki segera. Ingat rakan2 bahawa aksesori serama boleh direpair, diupgrade dan ditambah baikan mengikut cita rasa keinginan kita namun 'gaya' serama di meja pertandingan tidak boleh direka cipta semudah melihatnya. Banyak ayam yang hebat aksesorinya namun 'tumbang' di meja pertandingan. Banyak ayam yang hebat di reban atau di sangkarnya umpama 'jaguh kampung' namun 'kecut perut', gelisah dan ketakutan apabila berada di arena pertandingan.

Saya alhamdulillah masih mengekalkan 'teras baka' saya iaitu baka gaya gebas tarik bertubi2 di meja dan aktif berjalan menjelajahi 4 bucu meja pertandingan sambil berlagak menunjukkan 'ke'hero'annya' atau kejaguhannya. Namun disebalik kelebihan baka saya ini masih terdapat beberapa kekurangan yang sedang diperbaiki. Alhamdulillah segala 'peralatan pembaikian' telah ada cuma tunggu masa untuk menentukan samada teori kajian genetik ini dapat dibuktikan kejayaannya melalui kelahiran Generasi Ke 3 Serama saya... InsyAllah... Cikgu Mie Kemaman Terengganu.

No comments:

Post a Comment