Tuesday, October 5, 2010

SERAMA REMAJA TERBARU (GRED A)







Serama remaja terbaru mewarisi hampir keseluruhan 'cutting' dan gaya moyang serama baka asal saya. Mempunyai aksersori yang hebat dan gaya 'lawan' meja yang habat. Ayam ini hampir siap untuk masuk ke arena pertandingan. Gayanya adalah gaya semula jadi tanpa dilatih / diasuh di meja.

Wednesday, August 25, 2010

Thursday, August 19, 2010

REMAJA MASUK MUDA GRED A


INDUK REMAJA SLIM TARIK 3 DARAH JUARA

SERAMA REMAJA GRED A

Serama remaja ini agak kembang bulunya kerana 'baru' dikeluar dari reban dan belum pernah dimandikan. Potensinya agak tinggi disamping saiznya yang amat kecil dengan ketinggian 3/4 jengkal. Ia semakin menunjukkan bakat dan potensinya di meja. Ekornya belum siap sepenuhnya.

Saturday, June 26, 2010

ANAK 'A' TERBARU (UBAN + LIMBAT + MANISAN HANGUS) - SOLD OUT






Anak 'A' terbaru dari reban saya adalah hasil gabungan genetik Uban + Limbat + Manisan Hangus aya. Gayanya amat hebat di meja dengan gaya tarik julang dada. Pinggang yang ramping, ekor yang kembang dan balung kecil berjejari kerap menyerlahkan potensi masa depan anak ayam ini. Jangkaan warna ara atau manisan hangus.

Thursday, June 3, 2010

SERAMA MUDA AKSESORI & GAYA HEBAT DI MEJA (SOLD OUT)







serama muda produk terbaru reban saya ini adalah gabungan genetik manisan hangus + limbat saya. Mempunyai susunan dan bilah ekor gred A. Memiliki gaya hebat dan amat aktif di meja.

SERAMA REMAJA HEBAT DI MEJA (SOLD OUT)





Serama remaja 'produk terbaru' reban saya adalah gabungan darah Limbat Merah + Uban. Hebat gaya dan amat aktif di meja. Saiz amat kecil. Ekor 'sedang' keluar dan insyAllah akan siap sepenuhnya dalam masa yang terdekat. Bulu agak 'kembang' ketika foto diambil kerana telah lama tidak 'bersiram' atau disiapkan untuk pertandingan. Pernah ungguli kejohanan katogeri anak B.

Friday, January 1, 2010

REMAJA TERBARU REBAN CIKGU MIE GAYA LONJAK DADA + SAYAP LEMPAR (SOLD OUT)


Ayam ini adalah produk terbaru dari reban saya. Gaya ayam ini menyerupai datuknya yang pernah mengungguli pelbagai kejuaraan pada suatu ketika dahulu. Kehebatan ayam ini ialah 'Gaya Lawan Meja' tarik gebas pacak secara bertubi2 di meja di samping gaya lonjak & lempar sayap ke hadapan yg jarang2 kelihatan lagi di arena pertandingan pada hari ini. Gayanya di meja seumpama seorang penari yang sedang ghairah menari mengililingi meja tanpa henti2 henti.