Thursday, April 2, 2009

BAPAK SERAMA BERTERASKAN GAYA 'LAWAN MEJA' SAYA KINI










Ini adalah sebahagian dari bapak serama saya kini. Berumur antara 1-2 tahun setengah. Rupa memang tidak terurus kerana diguna secara optimum untuk 'membiakkan' baka generasi ke 3 saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bapak No 1 (Uban)
Bapak ini usianya dalam setahun. Kelebihan baka ini ialah gaya tarik selam & lonjak dada. Baka ini adalah baka yang sentiasa konsisten dalam bergaya sehingga ia dikenali sebagai baka 'tarik 24 jam'.

Bapak No 2 (Kuning Merah 1)
Ia adalah baka gaya gebas tarik bertubi2 di atas meja. Semakin lama di meja pertandingan ia semakin aktif menunjukkan 'lagaknya'. Ia amat aktif 'menari' dan bergerak mengelilingi meja. Usia dalam 2 tahun setengah.

Bapak No 3 (Ara)
Bapak ini adalah bapak yang unik dari segi gaya dan saiznya yang amat kecil. Ia banyak mewarisi darah ayam katik Japanese Bertam yang menjadi asal usul ayam serama. Bapak ini sifatnya 'slow and steady'. Biarpun tampak tenang di meja namun sentiasa tarik gebas pacak secara konsisten. Ia adalah warisan darah generasi serama silam yang hampir pupus di telan zaman. Usia dalam 2 tahun setengah.

Bapak N0 4 (Kuning Merah 2)
Bapak ini adalah sedarah dengan Kuning Merah 1. Ia adalah baka gaya gebas tarik bertubi2 di atas meja. Keistimewaan bapak ini ialah 'buah lonjak sayap' ke hadapan. Usia sekitar 2 tahun setengah. Ia juga adalah bapak teras kepada baka asal saya. Bapak ini amat konsisten dari segi gayanya, biarpun kehidupannya bertahun2 dikelilingi induk di sangkar namun letaklah ia di meja pasti ia akan terus menunjukkan gaya tarik gebas bertubi2 tanpa henti.

Bapak No 5 (Merah Manisan Hangus Penuh)
Bapak ini adalah bapak tua serta seangkatan dengan 'Bapak Kecil Saya' Usia sekitar 3 tahun. Fizikalnya adalah mirip jaguh serama asal yang dikenali sebagai Pak 2000. Susunan, bukaan ekor yang cantik. Di samping bilah ekor & lawinya yang halus. Ia adalah baka ayam yang amat konsisten bergaya di meja. Pinggangnya yang amat ramping menyerlahkan lagi keanggunannya. Baka ini adalah mirip kepada baka jaguh serama silam amat jarang ditemui lagi pada hari ini.

No comments:

Post a Comment