Friday, March 13, 2009

SERAMA GENERASI KE 2 CIKGU MIE


Ayam ini telah menjadi teras bapak generasi ke 2 saya. Ayam ini telah memenangi sekurang-kurangnya 5 kali johan katogeri remaja dan muda serta pernah mendapat Gelaran 'Best Of The Best' dalam satu pertandingan di Kuala Terengganu.


Keistemewaan generasi kedua ini ia telah ditambahkan lagi 'Power Gaya' di meja berbanding serama generasi pertama dan tambahan lonjakan sayap ke hadapan. Gambar ini diambil setahun setengah yang lalu setelah bapak ini dimasukkan induk selama 6 bulan namun lihatlah tiada perubahan kepada genetik serama yang bergaya. Pesanan saya kepada rakan2 penternak ialah gaya serama banyak bergantung kepada genetiknya bukan boleh dilatih secara intensif, diurut / digosok dan sebagainya. Carilah baka yang kuat darah genetik gayanya namun harus diingat kecelaruan dalam menurunkan baka serama akan menghasilkan baka serama yang tidak stabil dari segi gayanya malah yang lahir kebiasaannya adalah secara 'terpencil' bukan secara konsisten. (Gambar Kurang Jelas Kerana Rakaman Handset)

2 comments:

  1. POWER ayam tu cg..tapi mana gambar induk yang cikgu ada!! nak tengok gak!!

    ReplyDelete
  2. saya ni baru jer nak main balik serama nih..harap cg dapat memperkenalkan ayam yang bermutu tinggi kat saya bleh!! sebab ayam2 cg suma ada class! bleh dijadikan pembaka kat umah saya nih!! heheh

    ReplyDelete