Monday, May 11, 2009

TIPS HASIL SERAMA HEBAT SIRI 1 : PILIH DARAH BAKA JUARA SILAM YANG 'ORIGINAL'

Cetusan minda ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan ilmu dengan 'sifu2' serama silam. Ilmu penternakan serama secara praktikal sebenarnya belum lagi dibukukan atau dikaji secara ilmiah melainkan sedikit kajian2 yg telah diutarakan oleh pengkaji sebelum ini berdasarkan pengalaman penternak silam.


Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.


Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.


Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.


Namun persoalannya kini tidak ramai penternak mengetahui dengan jelas soal darah original baka juara serama silam melainkan merujuk kepada individu yang mengkaji dan mengetahui sejarahnya dengan jelas. Malah satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penternak serama kini ialah menternak serama dengan membeli terus melalui 'orang tengah' atau pemborong serama yang pasti tidak menceritakan secara tepat atau jelas asal usul keturunan serama yang ditawarkannya atas alasan ianya tidak penting atau strategi bisnes...


Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...


Penulis turut berkongsi kesedihan bila mana menyaksikan ramai di kalangan peminat serama yang begitu bersemangat dan teruja dalam memulakan penternakan akhirnya kecewa lantaran hasil yang diingini dari pelaburan besar yang dibuatnya ternyata tidak berbaloi. Induk dan bapak dibeli dari baka yang cantik atau dikatakan 'terpilih' dengan harga yang pasti tidak rendah namun masih gagal menghasilkan generasi anak serama yang setanding dengan kehebatan induk dan bapaknya. Akhirnya dunia serama kehilangan seorang lagi peminat serama tegar yang pasti merugikan alam serama buat sekian kalinya jua.... Cetusan Minda Cikgu Mie Kemaman...

No comments:

Post a Comment